KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai Kemajuan Masyarakat di sebuah DUN di Sandakan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM40,000 daripada beberapa individu dan kontraktor membabitkan projek pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Suspek ditahan kira-kira jam 2 petang, semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM cawangan Sandakan.
Menurut sumber, suspek dipercayai telah menerima wang rasuah sekitar RM40,000 sejak 2022 sehingga 2025 sebagai dorongan memberikan projek pembinaan rumah berkenaan kepada beberapa individu dan kontraktor.
“Suspek kini juga telah ditahan reman sehingga 1 Mei selepas Hakim Zaini Fishir membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Sesyen Sandakan, pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Info X

More Stories
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya