[ad_1]
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata Kedutaan Malaysia di Hague berhubung dengan rakyat Malaysia di Utrecht serta pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, dan akan terus memantau keadaan.
Saifuddin berkata Malaysia juga menyertai negara lain, mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak perbuatan kejam itu yang berlaku hanya beberapa hari selepas serangan berdarah pengganas di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas.
“Saya terkejut dan sangat sedih dengan kejadian tembakan itu…Pada masa kesedihan ini, Malaysia bersatu bersama-sama keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Belanda meratapi kehilangan nyawa dan kesengsaraan yang dialami akibat perbuatan itu,” katanya.
Media antarabangsa semalam melaporkan serangan bersenjata dalam sebuah trem di bandar Utrecht pada 10.45 pagi waktu tempatan, mengorbankan tiga orang dan mencederakan lima yang lain.
Pihak berkuasa Belanda kemudian mengesahkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan itu ditahan pada Isnin malam.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar