[ad_1]
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chien Jen berkata berdasarkan pemantauan kementerian terhadap 31 item bagi tempoh Januari tahun ini, 18 item mengalami penurunan harga dan 13 lagi meningkat jika dibandingkan tempoh sama tahun lepas.
Chong berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS-Hulu Rajang ) yang ingin tahu sebab harga barang basah masih lagi tinggi walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimansuhkan.
Mengulas lanjut, Chong berkata harga barang basah dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran, bukan oleh GST manakala pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan pula hanya dikenakan kepada aktiviti lain sepanjang rantaian bekalan seperti logistik dan input pertanian.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu