KOTA MARUDU: Tiga rentung termasuk dua beranak dalam kebakaran rumah di Kampung Blok 5, hadapan sebuah pasar raya, Pitas, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa Abdul Malik Mad Tasin, 50-an, anak perempuannya Nur Adriana Qistina Abdul Malik, 11, seorang lagi mangsa Salleh Onding, 60-an.
Tiga lagi mangsa dilaporkan cedera, termasuk dua anak perempuan Abdul Malik.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.19 pagi.
Katanya, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Asman Omar digerakkan ke lokasi kejadian“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya.
“Turut terbakar dua kenderaan jenis Perodua Kembara dan Proton Waja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, terdapat tiga mangsa ditemui rentung iaitu dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
“Mangsa pertama iaitu Nuru Adriana ditemui di ruang tamu dan mangsa kedua (Abdul Malik) ditemui di bahagian dapur manakala mangsa ketiga (Salleh) ditemui di kamar mandi.
“Manakala tiga lagi mangsa perempuannya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pitas oleh orang awam.
“Ketiga-tiga mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Katanya lagi, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran, satu pancutan dengan sumber air dari jentera.
“Operasi terkawal pada jam 3.25 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 6.36 pagi.
“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X
More Stories
Kebakaran dapur di Kedai Lama Papar hasil tindakan pantas Bomba
Labuan dikenal pasti sebagai hab global industri tuna – Zaliha
JANS digesa peka aduan gangguan bekalan, masalah tekanan air rendah