Tourism Malaysia, MAHB meterai MoJC dengan Condor Airlines

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Tourism Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memeterai Memorandum Kerjasama Bersama (MoJC) dengan Condor Airlines untuk menyokong operasi penerbangan syarikat penerbangan itu bagi laluan Frankfurt-Kuala Lumpur bagi musim panas 2019.

Dalam kenyataan hari ini, Tourism Malaysia dan MAHB berkata memorandum itu ditandatangani di Berlin semalam bersempena dengan ITB Berlin, pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia, disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Perkembangan itu susulan kejayaan inisiatif serupa dilaksanakan bagi musim sejuk 2018 oleh ketiga-tiga pihak, yang menyaksikan Condor Airlines menawarkan perkhidmatan laluan Frankfurt-Kuala Lumpur berdasarkan faktor muatan lebih 90 peratus.
…..



[ad_2]