Oleh Faizal Rahman
BELURAN : Polis di sini sedang mengesan tujuh saksi untuk hadir perbicaraan kes bunuh yang berlaku di Perumahan Kongsi Pekerja, Ladang Masih Jaya Sugut, Beluran pada tahun 2017.
Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Kasim Muda berkata, kejadian itu membabitkan seorang lelaki berusia 36 tahun di Blok 10, Rumah Kongsi Pekerja, Ladang Masih jaya Sugut, Beluran pada 30 Januari 2017 jam 2 petang.
‘Kes sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sandakan dan akan disebut semula pada 08 hingga 12 Julai 2019 yang akan datang,” kata Kasim.
‘Tujuh orang saksi dikehendaki untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Sandakan iaitu Habsah binti Usman (P), Hasnah Binti Abdul Rahim (P), Nur Diana binti Senom Matinggih (P), Rusli bin Mahadin (L), Ashar bin Ambotuo (L), Sabri bin Jakkun (L), dan Sakarias Dominikus Samuel (L), kesemua warganegara Indonesia, yang beralamat terakhir di Rumah Pekerja Ladang Masih Jaya Sugut, Beluran,’ katanya.
Kasim berkata, kes dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengena individu-individu itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Hardymas Sawali di talian 019-2649981 atau Hotline IPD Beluran iaitu 089-511222.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK