KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki yang menjadikan sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, sebagai stor’ penyimpanan pelbagai jenis dadah terbongkar apabila diserbu polis, Sabtu lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 9.25 pagi oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) itu, pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM743,280 turut dirampas.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, bertindak atas maklumat menahan seorang lelaki berusia 47 tahun berasal dari Sibu, Sarawak di kawasan lot parkir tingkat bawa kondominium berkenaan.
“Hasil pemeriksaan ke atas beg sandang yang dipakai suspek menemui satu bungkusan surat khabar mengandungi empat peket plastik berisi dadah jenis syabu dan anggaran berat keseluruhan 156 gram.
“Soal siasat suspek terbabit membawa kepada serbuan di sebuah bilik di kondominium berkenaan dan menemui pelbagai jenis dadah antaranya dadah jenis syabu seberat 1,624 gram.
“Dadah jenis ketamine (2,662 gram), pil ecstacy (2,801 gram), dan pil erimin 5 (1,090 biji) dan anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM743,280. Semua barangan berkenaan ditemui dalam kotak logam yang disimpan dalam bilik kondominium berkenaan,” katanya dalam sidang media di IPK Sabah, kepayan, hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji dan Ketua JJSN IPK Sabah, Superintendan Ahmad Jawila.
Zaini berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku bekalan dadah berkenaan diperoleh daripada seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali melalui aplikasi telefon untuk diedar dalam pasaran tempatan.
“Suspek dipercayai menyewa dua unit kondiminium dengan harga RM1,700 bagi setiap unit kondominium berkenaan sejak Julai lalu dan satu unit kondominium itu dijadikan sebagai tempat menyimpan dadah berkenaan.
“Siasatan dan risikan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan pembekal dadah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, suspek kini sedang ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin hingga 29 Februari ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK