UPKO CADANG PENGUNDIAN JARAK JAUH BAGI PENGUNDI DI LUAR SABAH

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mencadangkan pusat pengundian jarak jauh bagi membolehkan pengundi yang tinggal di luar Sabah mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, ia memandang pengundi pos pada PRN kali ini kemungkinan tidak dapat membuang undi berikuta wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Beliau berkata, cadangan mewujudkan pusat pengundian jarak jauh boleh diwujudkan di semenanjung, Sarawak dan mungkin juga di Singapura.

”Seramai kira-kira 200,00 pengundi yang telah mendaftar berada di luar daripada Sabah termasuk pengundi muda dan mereka kemungkinan tidak dapat ,mengundi kerana telah keluar daripada Sabah untuk bekerja atau belajar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Donald yang juga Timbalan Presiden UPKO, berkata pusat pengundian jarak jauh adalah satu cadangan yang sesuai pada ketika ini bagi mengelak wabak Covid-19 daripada terus menular.

”Pari politik di Sabah boleh melantik ejen pilihan raya mereka untuk berada di pusat pengundian jarak jauh berkenaan bagi memastikan pengundian dijalankan secara integriti.

”Pusat pengundian jarak jauh ini boleh dibuka ketika hari pengundian awal selama dua hari supaya para pegawai tidak dibebani dengan inisiatif ini,” katanya.

Tambah beliau, keselamatan rakyat Sabah haruslah diutamakan agar mereka dapat mengundi dengan selamat, sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengkaji cadangan yang dilihat sesuai ini.-http://beritasabah.com