UPKO perjuangkan pengiktirafan Pesta Kaamatan

Oleh: Cyn J. & Veralain

KOTA KINABALU, 21 April — Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) merupakan satu-satunya parti politik yang memperjuangkan pengiktirafan Pesta Kaamatan sebagai perayaan kebangsaan di Sabah.

Menurut UPKO, sebagai parti tunggal berasaskan Kadazandusun Murut (KDM), mereka percaya bahawa perayaan ini perlu diberi penghormatan yang besar di peringkat parti.

Hasil perjuangan mereka tidak sia-sia setelah perayaan ini menjadi salah satu daripada enam perayaan utama nasional selain daripada Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, deepavali, Krismas dan Gawai Dayak.

Terdahulu, perayaan ini pernah dilancarkan di Kuala Lumpur dan mendapat sokongan penuh Kerajaan Persekutuan hasil usaha murni yang dilakukan oleh para pemimpin UPKO.

Susulan dari itu, UPKO telah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya tanggal 31 Mei dijadikan sebagai cuti umum persekutuan bagi membolehkan rakyat Malaysia dapat merayakan Pesta Kaamatan dan Gawai.

Cadangan ini dibuat di atas nama integrasi memandangkan terdapat ribuan orang Kadazandusun bekerja di Semenanjung Malaysia.