VIDEO INSIDEN PERGADUHAN DI MASJID DITULAR

SANDAKAN: Individu-individu yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah masjid di daerah ini setuju untuk berdamai dan merujuk perkara berkaitan masalah kepada Jabatan Agama Islam Sabah (JAIS).
 
Video berhubung insiden yang berlaku pada 12.10 tengahari kelmarin telah ditular di media sosial pada petang hari yang sama. 
 
Difahamkan insiden tercetus selepas seorang jemaah tidak puashati dengan status kewangan yang dibentangkan oleh Bendahari.
 
Pergaduhan antara mereka berjaya dileraikan oleh jemaah masjid yang lain dan Bendahari, 56, kemudian telah membuat laporan polis.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin berkata keterangan kedua-dua individu telah diambil oleh pihak polis.
“Walau bagaimanapun, kedua mereka telah setuju berdamai dan merujuk perkara berkaitan masalah kewangan masjid kepada JAIS Sandakan untuk penyelesaian yang lebih harmoni,” kata Mohd Azhar.