IPOH: Seorang wanita maut dipercayai dibunuh dalam satu pergaduhan di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu di sini pada Khamis.
Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu, mangsa dikenali Lee Siew Lean, 40, yang juga pemilik perniagaan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tikaman senjata tajam.
Kejadian turut mengakibatkan teman lelaki mangsa, berusia 42 tahun cedera.
Polis telah menahan seorang pekerja lelaki premis itu bagi membantu siasatan kes tersebut.
Difahamkan, sebelum kejadian berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan pekerjanya disebabkan masalah kewangan.
Sementara itu, saksi kejadian yang ditemui mendakwa mendengar suara jeritan seorang wanita.
“Saya ingatkan itu jeritan biasa, tak sangka ada kes pergaduhan hingga membawa kematian,” katanya yang enggan dikenali.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK