PETALING JAYA: Seorang pekerja ditahan susulan kematian seorang wanita dalam pergaduhan di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu, Perak.
Sinar Harian melaporkan mangsa berusia 40 tahun yang juga pemilik perniagaan itu meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tikaman senjata tajam, manakala teman lelaki mangsa berusia 42 tahun cedera.
Difahamkan, mangsa dan pekerjanya berselisih faham akibat masalah kewangan sebelum kejadian pada 10.30 pagi tadi.
Susulan itu, polis menahan seorang pekerja lelaki bagi membantu siasatan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK