Oleh: Libona
TUARAN: Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal di tempat kejadian apabila kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Kampung Serusup, di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan penyelamt Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 10 pagi dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi.
Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi.
Setibanya dilokasi kejadian, didapati mangsa berusia 63 tahun tersebut tersepit dalam kereta.
Menurut laporan awal, pihak JPBD berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas bagaimanapun, disahkan telah meninggal dunia.
Sementara itu, turut hadir di lokasi ialah Pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lanjutan itu, operasi tamat sepenuhnya pada jam 11 pagi dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK