WANITA WARGA INDONESIA MAUT DIREMPUH KENDERAAN

SANDAKAN: Seorang wanita warga Indonesia maut selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Leila, di sini, petang semalam.

Wanita yang maut dikenali sebagai Samana Lasi, 63, dan dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian jam 4.10 petang itu.

Difahamkan, sebelum itu, sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang wanita berusia 67 tahun dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Batu Sapi.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas secara tiba-tiba di hadapan dan pemandu kereta tidak sempat menghentikan kenderaan kerana jarak yang terlalu dekat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat, manakala kenderaan turut diambil sampel darah untuk ujian kandungan alkohol.

“Kita minta orang ramai yang melihat kejadian agar tampil membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu dalam kejadian lain di Beluran, seorang lelaki maut akibat kecederaan parah di kepala dan patah leher selepas kereta dinaiki terbabas dan masuk ke dalam parit dalam kejadian di Kilometer 4, Telupid-Tongod, petang semalam.

Mangsa yang maut iaitu penumpang kereta PERODUA Viva berusia 44 tahun, manakala pemandu kenderaan yang berumur 60 tahun hanya cedera ringan dalam kejadian jam 3.30 petang itu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Tongod menuju ke Telupid.

Katanya, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

“Siasatan awal mendapati tempat kejadian adalah laluan berselekoh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *