WARGA ASING DIDENDA RM10,000 MEMILIKI 450 LITER MINYAK PETROL TANPA LESEN SAH

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU:  Seorang lelaki warga asing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan memiliki 450 liter minyak petrol tanpa lesen sah.

Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Sabtulah Malali, 68, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Hakim turut memerintah Sabtulah, yang memegang kad IMM 13, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda dan selepas itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk perintah pengusiran.

Menurut fakta kes,  tertuduh didapati memiliki barang kawalan berjadual iaitu 450 liter minyak petrol dengan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah untuk melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurus niaga barang kawalan tanpa suatu lesen yang sah.

Kesalahan itu dilakukan Sabtulah dalam perahu tidak berdaftar di kawasan laut Pulau Gaya, dalam daerah Semporna pada jam 6.00 pagi Julai 16.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Nurun Nazifah Muhammad Iyen Atim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *