Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Seramai 20 peserta terpilih Kota Marudu Got Talent 2019 akan berentap pada pertandigan akhir yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.
Adik Qustina Nahidah Elji 12 tahun (Gambar) yang membawa lagu “ I Do Believe” merupakan antara penyanyi solo termuda dengan suaranya yang mantap berjaya meraih 435 markah dan tersenarai ditempat ke lima daripada 20 peserta lain.
Sementara itu, Kumpulan yang menamakan diri mereka Tambuakar membuat kejutan dengan mendapat undian terbanyak iaitu 482 markah dan tersenarai paling teratas diikuti kumpulan Dusun Cilik Girl 447 mata, Razif Ansabong (Persembahan Silap mata) dan kumpulan Swawers Mikata ( Kudat) secara bersama memperolehi 443 ditempat keempat dan Qustina Nadiah ke -5. ( Penyanyi solo)
Wakil dari SMK Bandau atau Bandau Greaters Move dalam kategori kumpulan tarian memperolehi 426 mata, Charyss Jalson 425 mata, Jasforwin Jasmin 421 dan John Tai Boon Aik 403 mata(Kota Marudu) , Elta Kenny 398, Althen Tan 392, Chan Su Khiong 379, dan Melverinsyyn Jebbril 371 (Solo)
Manakala lima peserta lagi turut mara keperingkat akhir iaitu Joel Talip 370, Nomi Louis 364, kumpulan Lab Art (SMK Langkon) 360, Anaszeno Amos 356 dan peserta terakhir Mohd Ahafiq Nadzhan Ridzuan 355 (Solo )
Dalam pada itu Pengerusi Penganjur Meriannah Menjon bahawa seramai 51 peserta Kota Mardu Got Talent 2019 telah menyertai pertandingan tersebut dan kebanyakannya datang dari luar daerah seperti Ranau, Pitas, Kudat dan Kota Kinabalu.

Katanya, tiga pemenang akan bakal mewakili Kota Marudu keperigkat negeri yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada penghujung tahun ini di mana para pemenang akan berpeluang menruskan kerjaya dengan Borneo Broadcasting dan Borneo Events Production.
Sementara itu ketua juri dan juga komposer/penyanyi Peter Dicky Lee berkata, dia kagum dengan persembahan yang ditunjukkan para peserta dan persaingan amat sengit sehingga memaksa para juri terdiri daripada DJ Selena Datuk Hj Light (RTM) Zakry Mat Zudin( Ojet Majix) Hassanal Amul Basir dan Mr.Dimpil Beatbox berhempas pulas menajalna pengadilan dengan terbaik mungkin. “Saya percaya para peserta yang terpilih keperingkat akhir merupakan peserta yang terbaik dan akan terus mengasa bakat mereka pada pertandigan akhir nanti” katanya

More Stories
“Hening Rindu” nyanyian Marsha Milan dinobat juara AJL39
Persembahan eksklusif Velvet pukau hadirin di Jao Tim
Dwayne ‘The Rock’ Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO