CLEOPATRA WAKILI MALAYSIA KE MRS TOURISM AMBASSADOR UNIVERSE

KOTA KINABALU: Datin Cleopatra Clare Asing bakal mewakili Malaysia ke Pertandingan MRS Tourism Ambassador Universe 2020 yang bakal diadakan di India, Julai depan.

Beliau terpilih ke peringkat dunia itu selepas memenangi pertandingan sama yang disertai seramai 19 peserta dari pelbagai negara yang diadakan di Hotel Ming, di sini, 4 Januari lalu.

Dalam pertandingan itu, Cleopatra turut memenangi kategori Queen of The Queen, Best in Intelectual, Mrs Popular dan enam lagi kategori lain yang dipertandingkan.

Cleopatra yang juga Pegawai Kanan di sebuah Jabatan Kerajaan di negeri ini turut mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia selain diiktiraf sebagai konsultant imej.

Sementara itu, Cleopatra berkata, ini adalah gelaran kedua yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai Elite MRS Borneo Ambassador International yang diadakan Singapura tahun 2019.

Katanya, beliau amat berterima kasih kepada keluarga dan rakan taulan yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepadanya.

“Ini adalah pembukaan tahun yang terhebat untuk diri saya. Semoga lebih banyak kejayaan akan dapat dicapai selepas ini.

“Kemenangan ini juga bagi memberi inspirasi kepada wanita yang berkahwin ataupun ibu tunggal mengenai kepentingan menjaga diri dan imej serta menceburi bidang keusahawanan untuk meningkatkan ekonomi keluarga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Cleopatra berkata, dia berharap kemenangannya dalam pertandingan itu akan dapat mengharumkan nama dan memperkenalkan lagi Malaysia sebagai pusat destinasi pelancongan.

Untuk rekod, antara pemenang dalam pertandingan itu ialah Shilasma Malla (Nepal) untuk kategori Mrs Tourism Ambassador World 2020x Myla Villagonzalo (Filipina) Mrs Tourism Ambassador International 2020, Neeti Saxenna (India) Mrs Tourism Ambassador Asia Pacific 2020, Rosemarie De Cruz (Perak) Mrs Tourism Ambassador Global 2020, Liza Ugao (Borneo) Mrs Tourism Ambassador Angel Queen 2020 dan Majinder Kaur (Kota Kinabalu) Mrs Tourism Ambassador Glamour Look 2020.