3 ditahan SPRM di Sabah

KUALA LUMPUR: Tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 dan 2015.

Mereka ialah pemimpin sayap pemuda parti politik, seorang daripada mereka bergelar Datuk.

Mereka ditahan pada jam 5 petang tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *