360 karton rokok seludup bernilai RM48, 960 dirampas PPM

SEMPORNA, 9 Mac — Sebanyak 360 karton rokok bernilai RM48,960 dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu serbuan rumah di Kampung Tanjung Kapor, di sini, semalam.

Difahamkan, rampasan itu dibuat selepas menerima maklumat dari Unit Risik Marin yang kemudian melakukan serbuan di sebuah rumah di pinggir bakau.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohamad Ismail, hasil rampasan menemui sebanyak 360 karton rokok jenama Astro hijau di dalam sebuah ruangan bilik rumah tersebut.

“Semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM semporna untuk tindakan selanjutnya

“Kes terbabit masih dalam siasatan mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, operasi pemantauan kegiatan penyeludupan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa PPM Wilayah Empat Sabah amat menggalakkan masyarakat dan maritim khususnya untuk melaporkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang menerusi aplikasi WhatsApp Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.