Keluarga hilang rumah dan kereta dalam kebakaran

KUDAT, 9 Mac — Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Lorong Pomotodon Kampung Minyak di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas kejadian yang berlaku pada jam 12.44 tengah hari itu melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal seluas 20X30 kaki persegi serta kenderaan jenis sedan musnah dalam kejadian.

Dalam operasi tersebut, seramai 13 pegawai serta anggota bomba telah digerakkan ke lokasi selepas mendapat panggilan kecemasan.

Jelas Ishak, operasi tamat pada jam 1.25 petang setelah anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh lebih kurang satu jam.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan daripada kebakaran terbabit.

“Sementara itu, punca kejadian masih dalam siasatan dan keseluruhan operasi berjaya ditamatkan pada jam 1.29 petang,” katanya ketika ditanya pemberita.