IPOH, 8 Mac – Kejadian runtuhan batu telah mengorbankan seorang pekerja kuari manakala seorang lagi dilaporkan hilang di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 pagi tadi.
Katanya, kejadian tersebut membabitkan empat mangsa namun dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.
Sehubungan itu, Komander operasi memohon bantuan dari unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) bagi membantu pencarian mangsa tertimbus berkenaan.
Setakat jam 12.15 tengah hari operasi mencari mangsa yang hilang masih diteruskan.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK