Tetamu VIP Ben Chong bersama Awang Lahaji dan sebahagian 3,000 penonton dan peminat sempena Perlawanan Persahabatan itu dan pamiran trofi Piala Liga Perdana pada Ahad lalu.
Oleh Aissac Bjsim
KUDAT: Lebih 3,000 peminat bolasepak membanjiri mini stadium Kudat pada Ahad lalu untuk menyaksikan lebih dekat lagi trofi piala kebanggaan Tambadau, iaitu piala Liga Perdana yang dimenangi mereka pada musim ini.
ADUN Tanjung Kapur, YB Ben Chong berkata, penduduk di Kudat amat berbangga dan merasa gembira sekali apabila pihak SAFA memasukkan Kudat sebagai salah satu venue jelajah ‘Piala Liga Perdana‘ yang menjadi kebangaan rakyat dan penyokong Tambadau disamping menjadikan para pemain idola sukan bolasepak terus mendapat sokongan.

“Saya amat berbangga kehadiran jurulatih pasukan Tambadau Jelius Ating bersama Borhan Ajui dan Setiausaha SAFA Andrew Majanggim kerana memilih Kudat sebagai destinasi untuk mempamerkan trofi Piala Liga Perdana, disamping mangadakan klinik bolasepak kepada para remaja dan juga mangadakan perlawanan persahabatan diantara pasukan Tambadau dan pasukan pilihan Kudat”. Katanya.

Beliau yang juga adalah Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah berkata, menerusi klinik bolasepak yang diadakan itu kelak nanti akan menjadi suntikan kepada para pelajar muda agar menjadikan sukan bolasepak sebagai salah satu sukan pilihan mereka.
“Kita akan menyokong dan memastikan suatu hari nanti Kudat akan melahirkan ramai pemain bolasepak yang boleh mewakili Sabah dan malah dipilih mewakili Malaysia” beliau berkata sejurus selepas menyaksikan perlawanan persahabatan diantara Tambadau dan pasukan pilihan Kudat.
Sementara itu Timbalan Presiden SAFA Kudat Awang Lahaji Rokiin berkata, kehadiran lebih 3,000 peminat bolasepak disekitar Kudat adalah diluar jangkaan dan sudah pasti ini memberi peluang kepada para peminat Tembadau di kawasan Kudat untuk dapat berkenalan lebih rapat dengan bintang bolasepak Sabah ini.

Katanya, klinik yang dianjurkan oleh beberapa jurulatih yang diketuai oleh jurulatih bolasepak Jelius Ating merupakan satu tarikan kepada ramai para peminat bolasepak yang muda, dan kita mahu agar penyertaan daripada kalangan remaja secara berterusan akan dapat melahirkan pemain berkaliber dari daerah ini suatu hari kelak.
Perlawanan persahabatan diantara pasukan Tambadau dengan pasukan pilihan Kudat berakhir dengan kemenangan kepada pasukan Sabah dengan jaringan 3-0.

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee