LELAKI TEMPATAN MEMLIKI SYABU SEBERAT 5.20 GRAM DITAHAN POLIS KUNAK

Ketulan hablur jernih  disyaki dadah jenis syabu yang dirampas oleh polis dari saspek

Oleh Faizal Rahman

KUNAK : Seorang lelaki tempatan yang memiliki dadah jenis syabu seberat 5.20 gram dengan anggaran nilai RM 780 telah dicekup polis di sebuah rumah di Kampung Lormalong dekat sini semalam. 
Ketua Polis Daerah Supt Baharin Md Tahir memberitahu media bahawa saspek yang berumur 29 tahun itu ditangkap oleh sepasukan polis yang melakukan serbuan menerusi “Ops Tapis” lebih kurang jam 12 tengah malam. 
Pasukan polis telah menemui satu plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam beg silang yang terletak di salah sebuah bilik di rumah tersebut, kata Baharin.
Baharin kata ujian awal saringan kencing menunjukkan saspek juga positif dadah jenis syabu dan ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.