Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Tiga Lelaki ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di luar sebuah premis hiburan di Batu 4 Jalan Utara di sini awal pagi hari Rabu.
Saspek tiga lelaki masing masing berumur 31, 28 dan 18 tahun telah diberkas oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, kata Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin hari ini.
Menurut, Mohd Azhar, siasatan awal polis mendapati pergaduhan melibatkan tiga saspek dengan seorang mangsa berumur 21 tahun.
Sebelum kejadian, mangsa dipercayai telah mabuk dan membuat kekecohan dalam premis hiburan dan berlaku pertengkaran mulut, tambah beliau.
Akibat daripada itu, kemudiannya mangsa dan ketiga tiga saspek telah bergaduh di luar premis hiburan tersebut, kata Mohd Azhar.
Mangsa mengalami kecederaan di mata kiri dan muka akibat dipukul dengan objek keras. Keadaan mangsa stabil dan masih dirawat di Hospital Duchess of Kent, katanya lagi.
Mohd Azhar berkata bahawa punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan ketiga-tiga bsaspek kini ditahan reman untuk siasatan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK