Ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dirampas oleh polis dari saspek
Oleh Faizal Rahman
KUNAK : Seorang lelaki tempatan yang memiliki dadah jenis syabu seberat 5.20 gram dengan anggaran nilai RM 780 telah dicekup polis di sebuah rumah di Kampung Lormalong dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Supt Baharin Md Tahir memberitahu media bahawa saspek yang berumur 29 tahun itu ditangkap oleh sepasukan polis yang melakukan serbuan menerusi “Ops Tapis” lebih kurang jam 12 tengah malam.
Pasukan polis telah menemui satu plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam beg silang yang terletak di salah sebuah bilik di rumah tersebut, kata Baharin.
Baharin kata ujian awal saringan kencing menunjukkan saspek juga positif dadah jenis syabu dan ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK