Hablur jernih disyaki syabu yang dirampas polis dari saspek kelmarin
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Seorang lelaki warga asing ditahan polis di sekitar ladang sawit Kampung Makuou Tungku selepas didapati memiliki syabu seberat 5.99 gram yang bernilai RM 898.50 kelmarin.
Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor berkata, saspek yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri bertindak agresif dan cuba melarikan diri semasa anggota polis melakukan pemeriksaan tetapi berjaya ditangkap lebih kurang jam 5.55 petang
Saspek yang berumur lelaki 39 tahun kemudian telah menyerahkan plastik warna hitam yang berisi enam paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah syabu, kata Nasri.
Menurut Nasri, siasatan awal polis mendapati saspek dipercayai mulai terbabit dalam kegiatan mengedar dadah awal bulan Julai tahun ini untuk mencari sumber pendapatan harian lebih.
Saspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Nasri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK