LELAKI WARGA ASING DITANGKAP MEMILIKI SYABU SEBERAT 5.99 GRAM

Hablur jernih disyaki syabu yang dirampas polis dari saspek kelmarin

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Seorang lelaki warga asing ditahan polis di sekitar ladang sawit Kampung Makuou Tungku selepas didapati memiliki syabu seberat 5.99 gram yang bernilai RM 898.50 kelmarin.

Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor berkata, saspek  yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri bertindak agresif dan cuba melarikan diri semasa anggota polis melakukan pemeriksaan tetapi berjaya ditangkap lebih kurang jam 5.55 petang

Saspek yang berumur lelaki 39 tahun kemudian telah menyerahkan plastik warna hitam  yang berisi enam paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah syabu, kata Nasri.

Menurut Nasri, siasatan awal polis mendapati saspek dipercayai mulai terbabit dalam kegiatan mengedar dadah awal bulan Julai tahun ini untuk mencari sumber pendapatan harian lebih.

Saspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Nasri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *