Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Seorang penjawat awam telah dipenjara 10 bulan serta didenda RM 2,500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa setelah didapati bersalah atas pertuduhan sengaja mencederakan isteri.
Tertuduh Azlizan Mohamad berumur 36 tahun, didapati bersalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di luar bangunan kediaman pegawai kanan di Sandakan pada lebih kurang jam 9.30 malam , 26 Januari tahun lepas
Majistret Sofia S. Sawayan menjatuhkan hukuman selepas mendapati tertuduh bersalah dalam perbicaraan penuh.
Pihak pendakwa telah memanggil seramai enam saks termasuk isteri tertuduh manakala empat saksi pembelaan termasuk tertuduh juga dipanggil sepanjang perbicaraan dijalankan.
Tertuduh diwakili Peguambela Mohamed Zairi Zainal Abidin manakala pendakwaan telah diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Mark Kenneth Netto.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK