Anwar boleh rujuk persoalan perlembagaan mengenai MKN ke Mahkamah Persekutuan

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk persoalan-persoalan mengenai perlembagaan untuk membatalkan Akta Majlis Keselamatan Negara Akta 2016 (MKN), ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu dalam kamarnya di hadapan peguam J. Leela, yang mewakili Anwar.

Leela memberitahu pemberita bahawa hakim itu telah membuat beberapa pindaan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Anwar, iaitu sama ada Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (MKN) itu melanggar perlembagaan, tidak sah dan terbatal dan tidak berkesan bersandarkan alasan-alasan yang berikut; ia menjadi undang-undang berikutan pindaan yang melanggar perlembagaan, ia tidak digubal mengikut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan ia melanggar kebebasan untuk bergerak yang dijamin oleh Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan.
…..



[ad_2]