Rakam Sijim dan Mohd Razi bergambar kenangan bersama para pemenang
TUARAN: Ketua Bahagian Parti Warisan Tuaran merangkap Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Rakam bin Sijim mahu Wira Tuaran selaku sayap utama parti bagi golongan belia di Tuaran supaya kekal aktif.
Rakam semasa merasmikan penutupan Kejohanan “Street Soccer 3-on-3” Piala Ketua Wira P.170 Tuaran memuji usaha baik yang dilakukan oleh sayap berkenaan dalam menjalinkan hubungan baik dengan generasi muda.
“Penganjuran aktiviti sukan bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat baru tetapi juga dapat mewujudkan jalinan di kalangan masyarakat khususnya para belia.” katanya.

Katanya, selain sukan, belia yang merupakan generasi pelapis pemimpin pada masa hadapan juga harus terus melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Rakam juga berkata beliau sentiasa menghargai peranan golongan belia malah selepas ini akan berusaha untuk mengetengahkan belia berpotensi dalam kepimpinan masyarakat seperti jawatan MPKK malah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) pada masa akan datang.
Sementara itu Ketua Wira Warisan Tuaran, Mohd Razi Ahsin berkata Wira Tuaran akan terus berusaha untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat melibatkan penyertaan para belia.
“Selain aktiviti sukan kita juga akan berusaha memperbanyakkan lagi kerja-kerja amal yang melibatkan masyarakat di pelbagai peringkat, katanya.

Razi bagi pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada kejohanan itu secara langsung dan tidak langsung termasuk para pemain, pengadil dan orang ramai.
Kejohanan yang pertama kali diadakan oleh Wira Warisan Tuaran ini telah dijuarai oleh Seri Bahagia FC dari Kampungg Tambalang, naib juara Camel FC dari Kampung Berungis dan tempat ketiga pasukan PLL FC dari Kampung Perumahan Laya-Laya.
Juara menerima sebuah piala, wang tunai RM1000, medal dan hamper. Tempat kedua mendapat wang tunai RM500, medal dan hamper. Manakala tempat ketiga mendapat RM300, medal dan juga hamper.
Sebanyak 13 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang diadakan secara liga.

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee