[ad_1]
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sekali gus menjunjung kasih kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kerana memperkenan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor yang baharu seperti yang dicadang pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH).
Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah memberi panduan, sokongan dan kepercayaan penuh kepada PH Johor untuk mencari muafakat dalam menjayakan peralihan kepimpinan kerajaan negeri.
“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat muafakat pimpinan Pakatan Harapan di peringkat negeri Johor dan pusat peralihan kepimpinan kerajaan negeri Johor dapat berjalan dengan lancar dan sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengucapkan tahniah kepada Dr Sahruddin atas pelantikan itu dan berharap beliau dapat menjalankan tugas dengan penuh beramanah dan berintegriti.
Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pagi tadi. Beliau menggantikan Datuk Osman Sapian.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar