BERNAMA.com – Fasa pertama mySalam diteruskan untuk lima tahun

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Fasa pertama Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam akan diteruskan selama lima tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata sekiranya inisiatif itu terbukti meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40), kerajaan akan mengkaji dan memastikan skim tersebut diteruskan selepas tempoh tersebut.

Skim itu menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu berpendapatan rendah (B40) berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka dan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali sekiranya mereka disahkan menghidap mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal.

— BERNAMA

[ad_2]