BERNAMA.com – Polis siasat dakwaan suspek kes juvana bunuh CEO Cradle Fund dicabul

[ad_1]

NIBONG TEBAL, 12 Mac (Bernama) — Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah seorang tertuduh juvana dalam kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan yang didakwa dicabul ketika dalam tahanan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan menambah perkara sedemikan tidak sepatutnya berlaku.

“Sekiranya ada dakwaan sedemikian kita jalankan siasatan. Kes itu berlaku di pusat tahanan di Kuala Lumpur, jadi saya akan mengarahkan pegawai Polis Kuala Lumpur untuk memberi perhatian kepada dakwaan itu, ” katanya kepada pemberita selepas majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.
…..



[ad_2]