[ad_1]
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata jika diwajibkan, langkah itu boleh membebankan majikan khususnya perusahaan kecil dan sederhana, sekali gus membataskan kemampuan mereka untuk mengambil pelajar praktikal.
“Tujuan utama penempatan pelajar ialah untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di IPT dalam situasi sebenar di tempat kerja. Oleh itu, penetapan atau pemberian elaun kepada pelajar praktikal adalah bergantung kepada peruntukan majikan masing-masing,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk menetapkan kadar elaun minimum bagi pelajar praktikal sepanjang latihan di sektor swasta atau awam.
Teo berkata cadangan mewajibkan majikan mengambil sekurang-kurangnya seorang mahasiswa setahun juga memerlukan kajian memandangkan perkara tersebut tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada selain pelbagai aspek lain termasuk jumlah majikan dalam industri bagi memastikan ia mampu menampung keperluan.
…..
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar