Oleh Wartawan BS
11 Februari 2020
LABUAN: Sebutir bom lama ditemui di kawasan bukit Kampung Tanjong Kubong, di sini dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua, hari ini.
Bom lama jenis ‘ariel’ ditemui pekerja pembinaan ketika mengorek dan meratakan tanah untuk tapak pembinaan, pada 9.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, sebaik melihat objek yang mencurigakan itu, pekerja memaklumkan kepada majikannya sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan mengesahkan objek yang ditemui itu ialah sebutir bom jenis ‘ariel bom’.
“Tindakan pemusnahan objek telah dijalankan di kawasan berkenaan oleh anggota UPB,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Muhamad berkata, ketika tugas pemusnahan dilaksanakan tiada kerosakan harta benda awam serta kecederaan tubuh badan berlaku.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK