KOTA KINABALU: Dianggarkan empat hektar hutan berhampiran kawasan Apartment Country Heights, Jalan Bantayan Minintod, di sini, terbakar, lewat petang tadi.
Operasi pemadaman kebakaran hutan itu masih dijalankan oleh sepasukan bomba.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6 petang tadi dan seramai 15 anggota termasuk pegawai dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran membabitkan hutan yang berhampiran kawasan perumahan dan usaha pemadaman terus dijalankan.
“Dianggaran keluasan kebakaran kira-kira empat hektar,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, operasi pemadaman masih dijalankan untuk mengawal api daripada merebak.
“Sehingga kini operasi pemadaman sedang dijalankan dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK