Kepten Maritim Zainudin (dua kanan) bersama anggota beliau menunjukkan hasil balat yang dirampas oleh Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Sebuah bot nelayan asing bersama empat awak-awak warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan kerana disyaki menceroboh dan merompak hasil laut negara di perairan Kinabatangan, semalam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata bot itu ditahan lebih kurang pukul 4 petang selepas insiden kejar mengejar selama 30 minit di posisi 18.6 batu nautika Timur Kuala Kinabatangan Besar.
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua empat tekong dan awak-awak lelaki warga Vietnam berumur diantara 36 hingga 61 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah, kata Zainudin.

“Bot itu disyaki menceroboh perairan Malaysia tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti menangkap balat (gamat) secara haram dengan menggunakan peralatan yang dilarang dan menyebabkan kerosakkan kepada ekosistem laut terutamanya terumbu karang,” kata Zainudin.
Menurut Zainudin lagi, ini adalah kes kelima bot nelayan asing Vietnam ditahan sepanjang tahun ini oleh Zon Maritim Sandakan dimana balat sebagai hasil yang dirompak.
Bot, peralatan dan hasil balat seberat lebih kurang 200 kilogram dirampas dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK