KOTA KINABALU: Sebanyak 19 kes jenayah membabitkan pelajar sekolah menengah direkodkan sepanjang tempoh Januari hingga kini.
Kes-kes yang direkodkan itu termasuk enam jenayah rogol, tiga pecah rumah dan satu curi motosikal.
Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Zabidi MD Zain berkata kes rogol yang berlaku itu adalah di luar waktu sekolah dan bukan di kawasan sekolah.
“Jika di luar waktu sekolah ada tindakan yang kita ambil tetapi kes membabitkan rogol biasanya berlaku bukan dalam situasi yang kita tahu dan mereka kebanyakkanya bersendirian secara peribadi.
“Kebanyakkannya iaitu 80 hingga 90 peratus kes membabitkan pelajar yang ada masalah keluarga seperti penceraian dan pengurusan keluarga yang tidak terurus.
“Oleh itu, kerjasama rapat antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) terdiri daripada pegawai polis menjadi mekanisme terbaik mencegah pembabitan pelajar dalam sebarang kegiatan jenayah,” katanya.
Beliau bekata demikian ketika ditemui media selepas mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass pada program pelancaran ‘Jom Ke Sekolah’ di dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji.
Beliau berkata PPS ini bertanggungjawab untuk datang ke sekolah setiap dua minggu sekali dan bergantung kepada perbincangan pihak sekolah jika ada perkara-perkara yang penting untuk disampaikan.
“Kita akan mengadakan dialog dan ceramah di sekolah dan ini juga bergantung dengan keadaan waktu-waktu yang sesuai untuk pihak sekolah anjurkan.
“Diperingkat PDRM kita mempunyai maklumat-maklumat berkenaan dan jika ada keperluan untuk kita datang ke sekolah, kita ada datang untuk bagi ceramah dan cadangan,” katanya.
Zabidi berkata jumlah PPS yang ditempatkan di sekolah seluruh negeri ini adalah seramai 392 orang iaitu masing-masing 208 di sekolah menengah dan sekolah rendah pula seramai 184 orang.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK