FINAL UNDUK NGADAU KAAMATAN UPKO ONLINE 2020 ESOK

KOTA KINABALU: Seramai 10 peserta bakal berentap di final Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Online 2020 yang akan bersiaran secara langsung menerusi Facebook Page UPKO Malaysia bermula jam 6 petang, esok.

Kesemua finalis itu terpilih daripada 38 peserta awal yang sebelum ini yang menyertai pusingan awal.

Peserta yang akan bertanding di final nanti ialah Alice Markus daripada Pensiangan, Sera-Vian Japarin (Keningau), Abigail Paul Makajil (Kota Kinabalu), Isabelle Kansui (Penampang), Marschella Pezol (Karambunai), Shironiah Mansanah (Kota Marudu), Gillian Gwyneth (Lahad Datu), Arcyca Alex (Tambunan), dan Debbie Christa (Kota Belud).

Syabas dan tahniah kepada Top-10 finalist Unduk Ngadau Kaamatan Online UPKO 2020. Saksikan!Jutaan terima kasih kepada…

Posted by UPKO Malaysia on Wednesday, June 10, 2020

Pertandingan Unduk Ngadau secara atas talian yang dianjurkan UPKO itu adalah salah satu acara yang diadakan sempena Pesta Kaamatan tahun ini selain pertandingan nyanyian Rombituon Kaamatan Online UPKO 2020 yang telah berlangsung pada 1 Jun lalu.

Satu lagi acara yang dianjurkan ialah Pertandingan Video Pendek Legenda Huminodun dengan pemenangnya akan pada 14 Jun depan.

Ini adalah kali pertama UPKO menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan secara online berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara termasuklah Sabah.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *