BELURAN: Polis menahan lima lelaki warga Pakistan dan tiga warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Kampung Ulu Sapi, di sini, petang semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang dengan beberapa keping gambar serta rakaman video mengenai kejadian itu turut tular di laman sosial.
Difahamkan, kejadian berpunca daripada tindakan seorang daripada suspek warga asing yang memasang pagar yang menghalang laluan keluar masuk penduduk di kawasan itu, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata seorang daripada lelaki yang terbabit pergaduhan mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 21 hingga 66 tahun.
“Siasatan awal pergaduhan berpunca daripada persempadanan tanah dan perkara ini berlarutan beberapa hari sebelum berlaku pergaduhan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 kanun Keseksaan kerana merusuh,” tambah beliau.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK