KOTA KINABALU: Peserta Lahad Datu, Gillian Henry dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan Online UPKO 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Page UPKO Malaysia, malam tadi.
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangani peserta Karambunai, Marschella Pezol dan Debbie Christa dari Kota Belud.
Peserta dari Tambunan, Arcyca Alex pula dipilih sebagai pemenang tempat keempat manakala Shironiah Mansanah daripada Kota Marudu sekadar berpuas hati di tempat kelima.
Selain daripada pemenang tempat pertama hingga kelima, beberapa pertandingan sampingan turut diadakan termasuklah ‘Best Hair Do’ yang dimenangi Alice Markus daripada Pensiangan.
Dua lagi pertandingan sampingan iaitu ‘Best Make Up’ dan ‘Most Famous Like Facebook’ masing-masing disandang oleh Marschella dan Debbie.
Dalam perkembangan lain, video ‘Rahan Tinanku’ yang diarahkan oleh Timothy Stephen Tony Tanny daripada Tambunan muncul johan pertandingan akhir Video Pendek Kaamatan Online UPKO 2020 yang turut diumumkan semalam.
Tempat kedua pula dimenangi video bertajuk ‘Kotohuadan Huminodun’ arahan Jeremy Tan daripada Penampang manakala video bertajuk ‘Tiada Kaamatan’ arahan Sharil Alil daripada Keningau sekadar berpuas hati di tempat ketiga.
Pertandingan akhir Unduk Ngadau dan Video Pendek Kaamatan Online UPK0 2020 itu dirasmikan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Ini adalah kali pertama UPKO menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan secara online berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara termasuklah Sabah.
More Stories
Persembahan eksklusif Velvet pukau hadirin di Jao Tim
Dwayne ‘The Rock’ Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Madonna ‘sidai’ peminat 3 jam!