KOTA KINABALU: Projek Edward Gostaning (Summit Kinabalu Jasamu Dikenang) iaitu jalan mengundur untuk mendaki Gunung Kinabalu oleh Edward Taning, 58, yang sepatutnya dijadualkan hari ini ditunda ke 5 Jun 2020.
Penyelaras projek, Richard Soibi berkata penundaan projek berkenaan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
“Sebab utama kita menunda projek berkenaan adalah kelewatan kelulusan permit daripada Pesuruhjaya Polis Sabah yang telah dihantar pada 16 Jan 2020.
“Permit berkenaan baru saja diluluskan pada Jumaat (6 Mac), namun masa terlalu singkat untuk kita melalukan beberapa urusan lain termasuk mengumpul dana.
“Tanpa permit itu kami tidak boleh mengutip sebarang dana, selain itu proses permohonan pengecualian cukai daripada Jabatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tertangguh kerana peoses kerkenaan memerlukan permit daripada pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Richard berkata program anjuran bersama Persatuan Malim Gunung Kinabalu yang menyasarkan kutipan lebih RM500,000 itu juga untuk mendapatkan dana bagi membina dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Bundu Tuhan, Ranau.
“Dana berkenaan juga bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau yang masih kekurangan kelengkapan. Kami difahamkan PPDK berkenaan memerlukan sebuah bas untuk pengangkutan pelajar-pelajar tersebut,” katanya.
“Selain itu, dana itu juga bagi mengisi tabung malim untuk membeli peralatan di asrama malim di Gunung Kinabalu,” katanya.


More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee