Jonathan Wong Kar Gee Ikrar Terus Berjuang Untuk Negara

Jonathan (tengah), Phoong dan Susan serta keluarga dan rakannya bergambar kenangan selepas tiba di LTAKK

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Jonathan Wong Kar Gee berikrar terus berjuang untuk negara , dimana dia berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya olahraganya.

Atlit lompat jauh paralimpik Sabah itu berkata demikian ketika ditemui pulang ke tanah air pada malam Ahad, selepas menyertai Kejohanan Para Athletics Grand Prix Terbuka Dunia Handisport 2019 di Paris, Perancis.

Jonathan pada Sabtu memenangi pingat emas dalam acara T11 / 12 (kejatuhan penglihatan) acara lompat jauh lelaki dengan jarak 7.03m, sekali gus menjadi kebangaan untuk negeri dan negara terutama sekali hari itu negara merayakan Hari Kebangsaan ke-62.

“Saya amat gembira kerana dapat mewakili negara saya Malaysia.

“Saya mahu mendedikasikan kemenangan ini kepada Menteri (Belia dan Sukan) (Phoong Jin Zhe), ibu saya (Datuk Susan Wong) dan keluarga serta rakan-rakan saya terutama rakan-rakan Sabah yang telah memberikan sokongan.

“Harapan saya ialah kita semua akan terus berjuang untuk negara (di arena sukan),” tambah Wong, yang diberikan sambutan ‘WIRA’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTKK), yag turut dihadiri Phoong dan Susan.

Ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Jonathan, yang memiliki prestasi terbaik 7.22m yang dicapaimya pada Terbuka China tahun lepas, berkata seseorang atelit perlu menjalani latihan, menjaga disiplin dan komitmen jika mahu berjaya.

Susan (2 dari kiri) dan Phoong (kanan) menyambut kepulangan Jonathan (tengah)

Atlit berusia 28 tahun itu agak yakin untuk bersaing didalam pertandingan itu, termasuk mensasarkan emas.

“Hampir ada,” jawab Jonathan ketika ditanya mengenai keyakinannya untuk memenangi emas sebelum turun ke acara itu.

“Saya fikir perkara yang paling penting ialah kita mesti mempunyai disiplin dalam latihan kita, jangan berputus asa dan menjaga kesihatan kita.

“Kini, saya perlu meneruskan latihan dan berharap dapat meningkatkan lagi prestasi dan membina keyakinan saya,” kata Jonathan mengenai sasarannya apabila menyertai Paralimpik Tokyo tahun depan.

Sementara itu, Phoong berkata, kejayaan Jonathan telah membanggakan negeri ini dan negara, dan beliau telah memaklumkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mengenai perkara itu.

“Prestasi emas Jonathan adalah berita baik untuk semua rakyat Malaysia, terutama rakyat Sabah … lebih-lebih lagi kejayaan itu dicapai pada Hari Kebangsaan.

“Saya berharap dia akan terus memperbaiki prestasi pada masa depan, berdasarkan kepada prestasi yang terkini, saya yakin dia mampu melalukan prestasi yang lebih baik dan dengan itu terus membawa berita baik dari persaingan di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Phoong berkata bahawa pencapaian Jonathan pastinya akan memberi inspirasi kepada para belia, terutama rakan atlet lain untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan pilihan mereka.

“Dia adalah contoh kepada semua rakyat Sabah. Walaupun terdapat kesukaran, dia sangat komited dan berdedikasi trus maju ke hadapan.

“Dia selalu sangat disiplin dalam berjuang untuk tujuan sukan, untuk bangsa dan kebanggaan rakyat Sabah … ini sangat luar biasa dan saya harap dan menggesa para atlet kita untuk belajar daripadanya,” katanya.

Diatas kejayaan ini, Phoong berkata kerajaan negeri akan membincangkan beberapa insentif untuk Jonathan diatas pencapaiannya.

“Kami akan membincangkan kemudian insentif ini. Sebelum ini kami mempunyai skim kerajaan untuk ini tetapi telah dihentikan untuk beberapa waktu.

“Saya rasa sudah tiba masanya kita memikirkan semula struktur insentif untuk atlet kita, terutama para atlet kita. Tidak mudah bagi mereka tetapi mereka berjuang.

“Saya akan melakukan perancangan yang serius untuk ini,” kata Phoong.

Sementara itu, Susan (ibu Jonathan) ketika ditemui turut menyatakan kebangaan diatas pencapaian Jonathan. “Dia (Jonathan) sentiasa berlatih…berlatih terus berlatih dan antara disiplin yang diamalkannya ialah istirehat yang secukupnya dan pemiihan makanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *