KECIL HATI DIMARAHI KERANA SERING MAIN ‘GAME’, REMAJA GANTUNG DIRI

KOTA MARUDU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun nekad mengantung diri dipercayai akibat kecil hati kerana dimarahi sikapnya yang gemar bermain game telefon bimbit, semalam.

Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 6 pagi di garaj sebuah kuarters guru sekolah, di sini, sebelum dimaklumkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian mangsa tinggal bersama saudaranya di daerah Matunggong, Kudat.

Namun katanya, mangsa dihantar ke kuarters guru berkenaan pada 24 Julai lalu selepas dimarahi ahli keluarganya susulan sikapnya yang sering bermain permainan telefon pintarnya.

“Sejak daripada tarikh itu, mangsa tinggal bersama bapa saudaranya yang berkerja di sekolah rendah berkenaan.

“Menurut keterangan, sikap mangsa masih tetap sama iaitu sering bermain ‘game’. Kali terakhir mangsa dilihat ialah pada tengah malam, kelmarin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Izaan berkata, mayat mangsa sudah dirujuk ke Hospital Kota Marudu untuk menjalani proses saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dijalankan.

Katanya, siasatan masih di teruskan untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian ini. –http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *