OPS SAMSENG : 7 MOTOSIKAL DISITA

Oleh Wartawan BS
9 Februari 2020

BEAUFORT: Polis Beaufort menyita sebanyak tujuh motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Melabau, di sini, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 11 dan berakhir 1 pagi itu membabitkan 16 anggota termasuk pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, dalam operasi itu, pihaknya memeriksa 11 individu dan 11 buah motosikal.

“Hasil pemeriksaan, polis menyita sebanyak tujuh motosikal kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

“Selain kita turut mengeluarkan sebanyak 18 keping samun atas kesalahan tidak memiliki lesen, gagal tunjuk lesen, cermin sisi, ubah suai nombor pendaftaran dan tidak memakai topi keledar,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi akan dijalankan secara berterusaan bagi memastikan pemandu dan penunggang mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.