KiHOii.COM, KYC ANJUR PERTANDINGAN SECARA ATAS TALIAN SEMPENA KAAMATAN

KOTA KINABALU: KiiHoii.com dan Majlis Belia KDCA (KYC) akan menganjurkan dua pertandingan serentak sepanjang Mei ini.

Pengerusi KYC, Steve Johnny Mositun, berkata, KiiHoii.com dan KYC bekerjasama bagi mengisi masa lapang rakyat Sabah khususnya masyarakat Kadazandusun sepanjang bulan Kaamatan ini.

“Disebabkan kebanyakan kita masih terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih mengutamakan keselamatan rakyat agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan maka secara automatiknya perayaan Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah juga ditiadakan,”.

Justeru, katanya KYC mengambil inisiatif mengadakan apa sahaja aktiviti berkaitan Kaamatan bagi memastikan semangat Kaamatan itu terus hidup.

Menariknya pertandingan yang dimaksudkan itu adalah menerusi atas talian atau online dan tidak melibatkan sebarang perhimpunan.

“Sebenarnya sepanjang tempoh PKP ini kita sudah membuat pelbagai inisiatif untuk menarik minat masyarakat dalam mempelajari bahasa Kadazandusun contohnya membuat iklan kesedaran mengenai ‘Stay At Home’ dan Covid-19 dalam bahasa Dusun.

“Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha untuk menyampaikan maklumat itu dalam bahasa ibunda kita sendiri yang pastinya bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk mengetahui maksud setiap iklan kesedaran tersebut,” ujar beliau.

Aktiviti yang pertama adalah Pertandingan Membaca Dalam Bahasa Dusun yang menyaksikan hadiah utama bernilai RM300 (Johan), RM200 (Naib Johan) dan RM100 (Ketiga).

“Pertandingan membaca ini terbuka kepada semua masyarakat Kadazandusun di seluruh Malaysia yang berumur 10 hingga 12 tahun dan mempunyai Mykid/Mykad,” katanya.

Menurut Steve, peserta akan diberi satu teks pilihan dalam bahasa Kadazan/Dusun (pilihan) di mana para peserta dikehendaki menghantar video mereka membaca lalu dikongsikan sama ada menerusi laman media sosial Facebook masing-masing atau sekiranya tidak mempunyai akaun Facebook, akan dipaparkan laman utama Facebook KiiHoii.com.

“Pada kesemua video, peserta hendaklah membuat ‘hastag’ (#) #Pertandingan Membaca Dalam Bahasa Kadazandusun Secara Online #kiihoii dan #kdcayouthcouncil bagi memudahkan penganjur mencari video mereka.

Kegagalan membuat hashtag akan mengurangkan potensi mereka untuk mendapat markah tambahan atau mungkin tidak penyertaan tidak dilayan.

Katanya, para pengadil adalah terdiri daripada mereka yang diakui terlibat secara langsung dalam bidang penulisan Kadazandusun dan para ahli KYC sendiri.

“Hadiah-hadiah nanti akan diberi sama ada secara online banking atau diserahkan sendiri oleh pihak penganjur kepada pemenang,” jelas Steve.

Sementara itu, pertandingan kedua pula adalah ‘Pertandingan Cover Lagu ‘KiiHoii’ oleh Steve Johnny Mositun.

Hadiah yang sama menanti peserta iaitu Johan (RM300), Naib Johan (RM200) dan Tempat Ketiga (RM100).

Antara syaratnya adalah, peserta mestilah Warganegara Malaysia, wajib memakai pakaian Etnik Kadazandusun semasa membuat video dan pertandingan dinilai bukan berdasarkan kreativiti penghasilan video tetapi kreativiti. dalam bentuk penghasilan lagu cover (peserta

“Maksudnya, peserta boleh bermain alat muzik, boleh bernyanyi menggunakan karaoke melalui YouTube sambil menari atau dengan cara kreativiti anda),” jelas Steve.

“Video mestilah berdurasi penuh atau tidak kurang daripada 1 minit,” kata Steve lagi.

Pada penghujung video, para peserta perlu membuat giak atau ‘pangkis’ (teriak) KiiHoii sebanyak tiga kali.

Mereka (peserta) hanya perlu mengongsikan video itu melalui laman Facebook mereka sendiri dan ke page KiiHoii.

Sama seperti pertandingan membaca, peserta juga wajib untuk hashtag #kiihoii #kdcayouthcouncil #coverlagukiihoii

“Lagu kiihoii boleh ditonton melalui channel YouTube KiiHoii.com, sila tekan butang subscribe and share ke page anda. (versi karaoke lagu kiihoii juga ada),” katanya lagi.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan itu boleh hubungi Rogers di talian 019-5326399 dan Ateng (010-5417094) untuk pendaftaran dan menghantar video penyertaan atau inbox Facebook kiihoii.

Mereka yang ingin menyertai pertandingan itu juga perlu memberi butiran diri seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, emel serta nama akaun di Facebook.-http://beritasabah.com