TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemui orang ramai di kawasan semak berhampiran landasan lapangan terbang lama, di sini, hari ini.
Mangsa, Mohammad Saip Sokong, 52, yang berasal dari Kampung Nusalalung, Semporna, ditemui kira-kira jam 12 tengah hari oleh orang ramai.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata polis mengenal pasti identiti mangsa berdasarkan kad pengenalan yang terdapat pada mayat berkenaan.
Katanya, mangsa ditemui berpakaian berwarna hitam, seluar biru dan berkasut.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berlaku ke atas mayat dan lokasi kejadian.
“Luka pada wajah dan badan dipercayai mengelupas akibat panas matahari. Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 6 pagi hingga 12.10 tengah hari tadi,” katanya di sini, hari ini.
Peter berkata, mayat dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK