20 orang sertai Kursus Pengeluaran Keratan Lada

Beaufort: Seramai 20 orang peserta telah menamatkan Kursus Pengeluaran Keratan Lada Siri 6/2018 Anjuran Penlada & Ephrata Services bertempat di River Park Hotel Beaufort yang pada 28 – 30 Ogos lalu.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBhg Dr Harry Entebang, Ketua Pengarah MPB (duduk ketiga dari kanan) dan disaksikan oleh YBhg En Dennison R Indang, Ahli Lembaga Pengarah MPB (duduk kedua dari kiri).