KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan selepas didapati memiliki dua laras senjata api jenis ginsuk, di Kampung Kionsom Kecil, Inanam, di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, polis yang bertindak atas maklumat berjaya menahan lelaki terbabit di sebuah hentian bas di kampung berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika ditahan, suspek membawa pasukan polis ke sebuah bengkel berhampiran kampung berkenaan.
Katanya, hasil pemeriksaan, polis menemui dua laras ginsuk yang disembunyikan di dalam bengkel berkenaan.
“Hasil siasatan awal, suspek mengaku memiliki senjata berkenaan selepas diwarisi daripada arwah datuknya.
“Suspek turut mengaku menggunakan senjata itu untuk menembak burung di dalam hutan di kampung berkenaan dan kali terakhir menggunakannya pada bulan lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini.
Habibi berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 7 Ogos depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.
Sementara itu, Habibi menasihati orang awam yang memiliki senjata api buatan sendiri supaya menyerahkan kepada polis.
Katanya, memiliki senjata api buatan sendiri bukan saja salah disisi undang-undang tetapi juga boleh mendatangkan kecederaan dan kematian sekiranya disalahguna.-http://beritasabah.com
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK