Oleh Kahar Ali
TELUPID: Seorang lelaki warga Filipina ditahan pada Nov 23 selepas dipercayai merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun sejak Julai hingga November tahun ini.
Saspek ditahan setelah diserahkan oleh pengadu iaitu bapa kepada mangsa berkenaan selepas mangsa mengadu kepada ibunya apabila tidak tahan diperlakukan sedemikian oleh saspek.
Difahamkan mangsa bersama dengan keluarga tampil membuat laporan polis di Balai Polis Telupid pada jam 12.47 pagi Nov 23.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata siasatan awal mendapati saspek berumur 55 tahun merupakan pekerja ladang dan tinggal di perumahan ladang dan juga berhampiran dengan rumah mangsa.
Kasim berkata siasatan juga mendapati saspek mengambil kesempatan keatas hubungan baik keluarga mangsa dengan saspek kerana tinggal bersebelahan rumah.
Menurutnya, saspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK